CARA SOLAT TARAWIH DAN WITIR app for iPhone and iPad
Developer: Baharuddin Jusup
First release : 07 Jun 2016
App size: 51.74 Mb
Cara Solat Terawih dan Witir dan persoalannya yang lengkap bagi tahun 2017. Ingin mendapatkan maklumat berkenaan solat ini. Dapatkan aplikasi ini sekarang. Kami menyediakan maklumat seperti niat, panduan dan hukum sembahyang tarawih. Ramai yang sudah mulai lupa cara sembahyangnya, kami juga menyediakan langkah demi langkah bacaan dan doanya sekali :-)
Maklumat ringkas berkenaan Solat terawih. Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata:
“Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).
Semoga Bermanfaat.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi kami :-)